:: Redefining Reality Through Creativity ::

By: scharewl concept

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 9-Sep-2007 13:26 Email | Share | | Bookmark
Kita tetap teruskan.....

 


Quote:
"Sabarlah anakku, nanti abah bawak ronda-ronda lagi okey".


Sunday, 26-Aug-2007 11:56 Email | Share | | Bookmark
Kita perlu diuji..

 



Salam untuk sahabat semua..ada berita yang nak aku khabarkan.

Pada Jumaat, 24hb Ogos lepas, aku, isteriku dan teman kami Leeds telah terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan KM309 Gua Tempurung (Nasib baik anak tak ikut). Kejadian yang berlaku dalam pukul 5.30 hanya melibatkan kereta isteriku dan juga devider tengah lebuhraya tersebut (syukurlah). Mujurlah tiada apa-apa yang serius yang berlaku kepada kami walaupun MYVi agak teruk juga. Kemalangan juga berlaku di seberang jalan kami dan ke depan sikit dari kami di kawasan yang sama.

Kejadian mungkin berlaku kerana aku telah membrek mengejut sewaktu kereta aku bergoyang-goyang bila melalui jalan yang bertakung. Refleks semulajadi yang tak dapat aku huraikan.

Kedua-dua AIRBAG nya keluar tepat pada masa hentaman (terima kasih PERODUA) dan mengikut kata Abang Zul (terima kasih abang!) kereta aku berpusing-pusing setempat (mungkin sebab aku tarik handbrake sebab aku takut kereta aku berpusing sambil bergerak ke arah lain) selepas hentaman sekali ke devider.Selepas berhenti berpusing kereta aku terus ke kiri lebuhraya.

Agak terkejut juga aku selepas kemalangan itu tapi isteriku dan Leeds amat membantu dalam keadaan yang tak diduga ini. Kagum aku melihat mereka tak gelabah dan sewaktu kemalangan sedang berlaku sempat juga mereka memberi arahan untuk tindakan selepas kejadian.

Kami di lebuhraya lebih kurang 15 minit sebelum trak tunda sampai.

MYVI di tunda ke Balai Polis Gopeng dan kami juga kesana untuk membuat laporan polis dan dibawa pula ke Balai Polis Kampar untuk diambil gambar oleh bahagian trafik sana.

Kami bermalam di rumah abang ipar aku di Chemor, Ipoh.

Ramai teman-teman, sahabat-sahabat fotopages, bakal-bakal dan bekas-bekas pengantin aku mengubungi dan teks aku memberi kata semangat. Terima kasih semua untuk terus berada disisi aku sewaktu aku memang perlukan anda semua.

Terima kasih kepada pemandu-pemandu yang tak sempat kami kenali yang sudi berhenti. Memayungkan kami dan memberikan minuman kepada kami (kepada sesiapa yang mendengar cerita pasal kemalangan ini dari sesesorang yang telah memayungkan kami, minta dia hubungi aku).

Terima kasih tidak terhingga kepada Silmi yang sudi menyusahkan diri untuk datang ke Ipoh dari Sungai Petani untuk membawa kami ke Sungai Petani (ada cerita lain pula dalam perjalanan ke Sungai Petani. Tunggu). Dari Sungai Petani, suami Leeds ( Terima kasih juta-juta) pula yang membawa kami ke Perlis.

Selepas kejadian ni, kadang-kadang aku berfikir, aku kemalangan ke baru-baru ni? Sebab macam mustahil untuk kami selamat tanpa kecederaan dalam keadaan apa yang telah kami lalui. Dengan kereta yang berpusing-pusing. Hentaman kuat yang mungkin menyebabkan kereta aku terus ke arah jalan sebelah sana. Atau mungkin, kami menerima hentaman dari lori-lori, bas-bas, treler-treler dan kereta-kereta lain. Memang itu yang aku bayangkan sewaktu cuba mengawal kereta aku dan Alhamdulillah, semua tu tidak berlaku. Kami telah diuji dan kami terima ujian ini dengan rasa kesyukuran.

Ada beberapa perkara yang nak aku kongsi daripada kejadian ini. Mungkin boleh membantu anda semua.

1) Pastikan anda kenal betul dengan kereta anda. Kalau kereta anda MYVI jangan bawak macam HONDA STREAM. Sama juga la dengan kereta-kereta lain.

2) Kalau kereta anda mempunyai sistem ABS. Biarkan ABS tu memainkan peranannya jika kereta bergoyang-goyang sewaktu melalui jalan yang licin atau berair. Jangan gelabah. Cuba belajar mengenali teknoloji dan larikan diri anda dari kebiasaan refleks manusia yang apabila kereta bergoyang-goyang terus hendak membrek. ABS anda mungkin boleh membantu anda.

3) Pakailah talipinggang keselamatan (seat belt kalau tak faham). Kereta yang mempunyai AIRBAG memerlukan anda memakai talipinggang keselamatan untuk berfungsi. Dengar kata kereta. Kalau lampu amaran kereta suruh kita pakai tali pinggang keselamatan, pakai. Penumpang belakang juga kalau ada tali pinggang keselamatan, pakai. Kalau tak anda dapat merasai pengalaman zero gravity macam Leeds alami (Kesian Leeds. Heheheh)

4) Bila berlaku kemalangan, jangan paksa kereta untuk berubah arah. Biarkan kereta mengikut arah gelincirannya. Ini dapat mengelakkan kereta dari terbalik.

5) Saat-saat hentaman, lepaskan stereng. Rapatkan tangan ke dada. Tulang tangan anda mungkin hancur jika hentaman kuat berlaku sedang anda memegang stereng.

6) Penumpang-penumpang jangan panik kerana ini akan membuatkan pemandu akan lebih panik untuk mengawal kenderaan.

7) Kalau kereta anda berhenti di tengah-tengah lebuhraya selepas kemalangan, jangan cepat-cepat keluar dari kereta. Biarkan pemandu-pemandu lain (Malaysia mempunyai pemandu yang prihatin jika berlaku kemalangan) menyediakan keselamatan untuk anda. Ini penting untuk mengelakkan kemalangan yang lebih serius berlaku.

Untuk peminat-peminat Initial D ka atau apa-apa cerita yang berkaitan pengawalan
kereta, jangan hanya tengok cerita tu. Jangan hanya dok admire kereta-kereta sahaja.
Belajar teknik-teknik pemanduan ekstrim. Ikuti Pemanduan Defensif kalau ada kursus-kursus sebegitu di kawasan anda. Memang berguna.

9) Untuk laporan polis dan kemudahan insurance claim, pastikan dalam laporan nyatakan pemilik kenderaan yang memandu kenderaan tersebut walaupun bukan dia yang memandu (Kalau pemilik bersama dengan anda dan anda memandu). Kalau polis tanya teruk tak devider tu kena langgar, kata tak teruk sangat. Kalau anda kata teruk nanti kena saman. Hampes!

10) Anda selamat kemalangan? Nyatakan rasa cinta anda pada yang tersayang. Dengan lebih kerap!

Salam.


Sunday, 29-Jul-2007 07:45 Email | Share | | Bookmark
Liputan Perkahwinan : Fendi+Win, Kangar, Perlis.



Wednesday, 18-Jul-2007 01:17 Email | Share | | Bookmark
Bila hati perlukan ketenangan 2.0

 


Monday, 16-Jul-2007 16:27 Email | Share | | Bookmark
Bila hati perlukan ketenangan....

 


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net